Connect with us

WNCBL

Supersports Wildcats Terus “Mengaum”

Naib johan kategori wanita, Supersports Wildcats yang tewas kepada GoStrong pada peringkat akhir musim lalu bangkit semula pada tahun ini dengan mengekalkan momentum kemenangan dengan mata yang selesa.

Perlawanan ketiga Wildcats bertemu dengan pasukan Thunderbolt baru-baru ini yang mempunyai seorang bekas pemain kebangsaan negara Izzati Nur, bermula dengan agak perlahan pada suku pertama dengan mata Wildcats (10) – (2) Thunderbolt sahaja.

Izzati Nur (Bekas Pemain Kebangsaan Negara)

Namun, Wildcats mula menunjukkan taring dengan terus menjarakkan mata perlawanan dengan selesa apabila tamat separuh masa pertama sebanyak 30-16 dan menamatkan perlawanan dengan jurang mata yang sangat selesa 70-34.

Sekitar aksi perlawanan pasukan Supersports Wildcats v Thunderbolt
Sekitar aksi perlawanan pasukan Supersports Wildcats v Thunderbolt
Sekitar aksi perlawanan pasukan Supersports Wildcats v Thunderbolt

Kedudukan terkini bagi kategori wanita NCBL 2K24 pada minggu ketiga.

Tangkap layar kedudukan semasa kategori wanita (10 Jun 2024)

Wildcats berada di tempat pertama kerana mempunyai perbezaan mata sebanyak 104, di ekori rapat oleh pasukan BMB yang majoritinya terdiri daripada pemain dari pasukan Killerbees pada musim sebelum ini dengan jumlah mata perbezaan sebanyak 100 dengan masing-masing memegang rekod tanpa kalah sehingga kini.

Kedua-dua pasukan ini bakal bertemu pada 7 Julai, 8PM bagi menentukan kedudukan mereka sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH

Game