
Puchong: Saingan (NCBL) Week 5 terus memanaskan gelanggang dengan beberapa keputusan menarik dalam kategori Veteran 35 (V35) dan Division 2 (DIV2). Pasukan-pasukan yang bertanding mempamerkan semangat juang tinggi dalam usaha memperbaiki kedudukan liga masing-masing.
Kategori Veteran 35 (V35)
Shah Alam Veteran 89 – 36 Seremban TOT

Shah Alam Veteran mempamerkan dominasi penuh apabila mencatat kemenangan besar 89-36 ke atas Seremban TOT. Juara 2 tahun berturut-turut bagi Division Veteran 35 lebih tersusun mereka berjaya mengawal permainan dari awal hingga tamat.
Setiawangsa Pegasus A 61 – 33 Kajang Jokers

Setiawangsa Pegasus A meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan meyakinkan 61-33 ke atas Kajang Jokers. Persembahan konsisten di kedua-dua hujung gelanggang menjadi kunci kejayaan mereka.
LP Membakul Naga 47 – 41 Kuching Rockstar

Pertembungan paling sengit dalam kategori V35 menyaksikan LP Membakul Naga menewaskan Kuching Rockstar 47-41. Kedua-dua pasukan saling berbalas mata sebelum LP Membakul Naga berjaya mengekalkan kelebihan pada suku akhir.
Kategori Division 2 (DIV2)
Shah Alam DBU 63 – 38 SG Way Revenant

Shah Alam DBU berjaya menguasai permainan dengan kemenangan 63-38 ke atas SG Way Revenant.
SU Unknown Force 54 – 46 Maluri Mamba Blitz

SU Unknown Force membuktikan ketahanan mental mereka apabila menewaskan Maluri Mamba Blitz 54-46 dalam aksi yang kompetitif. Walaupun menerima tekanan berterusan, mereka berjaya mengawal momentum pada minit-minit penting.
Subang Jaya Alpha 76 – 54 PJ Muchachos

Subang Jaya Alpha mencatat antara jumlah mata tertinggi minggu ini apabila menundukkan PJ Muchachos 76-54.
Keramat Kari 50 – 38 Subang Jaya Ursa
Keramat Kari menampilkan persembahan berdisiplin untuk menewaskan Subang Jaya Ursa 50-38. Kelebihan di bawah papan serta pertahanan yang kemas membantu mereka mengutip kemenangan penting.
Selama Slambees 56 – 55 Bangsar Broncos
Perlawanan paling mendebarkan minggu ini menyaksikan Selama Slambees mencuri kemenangan tipis 56-55 ke atas Bangsar Broncos. Pertarungan sengit sehingga saat akhir membuatkan penonton teruja sebelum Slambees muncul sebagai pemenang dengan kelebihan hanya satu mata.

You must be logged in to post a comment Login