KL Hornbill Juggernauts membawakan prestasi yang sangat cemerlang untuk perlawanan pertama NCBL D1 tahun ini dengan membelasah pasukan Be A Legends Hurricanes sebanyak 111-54 pada 11 Jun lalu meletakkan mereka di tempat pertama di dalam division 1 untuk minggu pertama.
Dengan beberapa tambahan pemain baru untuk tahun 2023 ini seperti Low Ken Yen (Cocoro 1 2022), Dhayalan, Huzair (Titans 2022) dan John Wong (GoStrong 2022) yang juga mewakili negara didalam Sukan SEA yang lalu sudah tentunya mereka memegang impian untuk merampas kejuaraan NCBL pada tahun ini selepas kekecewaan tidak dapat melepasi peringkat kedua pada musim yang lalu.

Mereka yang terdiri daripada pemain yang berpengalaman di dalam arena sukan bola keranjang serta mempunyai pakej yang lengkap dari segi ketinggian, fizikal dan kemahiran sudah pastinya mereka merupakan pasukan pilihan untuk ke peringkat akhir tahun ini.
Manakala pasukan Legend, hanya seorang pemain berpengalaman iaitu Yasier yang mengetuai pasukan itu sudah pastikan menyukarkan corak permainan mereka.

Hornbill menunjukkan kebolehan untuk menang dengan mudah menentang pasukan Legend yang rata-ratanya kali pertama bermain di division 1 dengan bermain secara man-to-man sepanjang perlawanan berlangsung yang menyukarkan pihak lawan untuk membuat jaringan.
7 orang pemain Hornbill mendapat dua digit mata perlawanan yang didahului oleh Lim Wan Seong (18), Afifi (16), Keshmendip & Faidi (15), Huzair (12), Dhayalan (11), dan Low Ken Yen (10) memberikan kemenangan yang selesa manakala Legend hanya Yasier (21) dan Cinn (11) mendapat dua digit mata perlawanan.

Lihat statistik & keputusan penuh DISINI.
Untuk perlawanan seterusnya, Hornbill v Cocoro 2 manakala Legend v Titans
