GoStrong Beri “Salam Perkenalan” Kepada Cocoro 2 100-63
Juara NCBL Division 1 tiga (3) kali berturut-turut GoStrong, membuka tirai musim 2023 dengan memberikan “salam perkenalan” kepada Cocoro 2 yang baru sahaja di naikkan kepada division 1 selepas mendapat naib johan didalam division 2 musim yang lalu sebanyak 100-63.
Pada musim kali ini, GoStrong membawakan pemain-pemain yang lebih muda dan bertenaga serta beberapa pemain pengalaman untuk mempertahankan kejuaraan 3 kali berturut-turut mereka. Antara tambahan pemain terbaru adalah seperti Shah Affandi (Titans 2022), Justin Teo (Pegasus 2022), Rais (Cocoro 1 2022), Nazirul Auf & Ibrahim (DBU 2022), Brian Tang dan Eldrick Kun.
Manakala bagi pasukan Cocoro 2 yang baru sahaja menyertai division 1 dibarisi majoriti pemain yang baru pertama kali bermain didalam division 1 kecuali Muniir (Ngap 2022), Farhan (Cocoro 1 2022), Syahmi (KNT 2022).
GoStrong menunjukkan corak permainan yang sangat pantas dan kehandalan menjaringkan mata terutamanya Brian jersi nombor 8 dengan 34 mata yang terdiri daripada 10 tembakan 3 mata, di ikuti oleh Luke 15 mata, Phan & Affandi masing-masing 13 mata. Hampir kesemua pemain GoStrong berjaya menjaringkan mata menunjukkan yang mereka bersedia untuk mempertahankan kejuaraan ini.
Manakala bagi pasukan Cocoro 2, hanya Munir yang berjaya menjaringkan 2 digit mata perlawanan sebanyak 14 mata.
You must be logged in to post a comment Login