

DBU vs MALAYA TITANS BC (72 – 62)
Rekod tanpa kalah MT tercalar apabila DBU berjaya menumpaskan mereka dengan permainan mantap dan serangan konsisten. Malaya Titans cuba mengejar pada suku ke-3 sehingga menyamakan mata perlawanan pada tiupan wisel penamat pada suku keempat dan memaksa perlawanan ke masa tambahan, namun barisan DBU lebih tersusun dan tenang menamatkan permainan dengan kelebihan 10 mata.

POJ vs SNIPERS OG (68 – 59)
Kemenangan ini bukan sekadar mata, tetapi juga isyarat jelas bahawa POJ masih ‘top contender’ dalam divisyen veteran. Fokus, pengalaman, dan chemistry mereka terbukti memberi kelebihan di saat yang paling diperlukan.

MUCHACHOS REBELS vs ALPHA (63 – 46)
Muchachos Rebels tampil lebih agresif dan dominan dalam pertahanan, menyebabkan Alpha ketinggalan sejak awal. Alpha sukar mendapatkan momentum, sementara Rebels memanfaatkan setiap kesilapan untuk menjarakkan jurang mata.

JOKER vs BENCHWARMER (42 – 46)
Pertarungan sengit dan penuh drama. Joker hampir membuat kebangkitan lewat permainan, tetapi Benchwarmer lebih kemas dalam possession terakhir. Kemenangan tipis tapi penting bagi Benchwarmer.

SHAH ALAM VETERAN vs PEGASUS (94 – 47)
Satu dominasi penuh dari SAV. Pegasus seolah-olah hilang arah bermula dari suku pertama. SAV bermain tanpa belas kasihan dengan fast break dan ball movement yang sangat efektif. SAV berjaya menempah tiket awal ke peringkat seterusnya, apabila telah selesai kesemua perlawanan peringkat kumpulan dengan rekod menang tanpa kalah 6-0 di dalam kumpulan Veteran (I).

BANGI BAYANG GELAP 1 vs KARI (81 – 58)
Kemenangan bergaya buat Bangi Bayang Gelap 1 yang menampilkan permainan bertenaga dan konsisten. KARI tidak mampu menyaingi pace pantas yang ditetapkan dan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan besar.
BLITZ vs PUTRAJAYA TRIBE (42 – 53)
Blitz mengejutkan Tribe dengan mata perlawanan yang agak rapat sehingga suku masa ketiga sehingga memaksa Tribe untuk melakukan full court press untuk mematahkan serangan Blitz dan berjaya menjarakkan jurang mata perlawanan dengan perbezaan 11 mata.
ZERO vs SOULSPEED (67 – 56)
ZERO mengawal tempo sejak awal dan menutup ruang Soulspeed untuk menyerlah. Serangan mereka seimbang antara dalam dan luar perimeter.
POJ vs SLAMBEES (75 – 66)
SLAMBEES memberikan tentangan sengit, tetapi POJ lebih tenang dan matang dalam menyerang dan pertahanan. Mentaliti pasukan jelas menjadi kelebihan mereka.

You must be logged in to post a comment Login