NCBL 2K23 semakin hangat terasa apabila hampir tiba ke penghujung musim dengan beberapa division sudah memasuki ke peringkat seterusnya samaada 8 teratas ataupun ke peringkat separuh akhir.
Kebanyakkan pasukan yang berada 4 teratas untuk setiap division mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman dan kepakaran yang jelas dapat kita tonton sepanjang musim ini berlangsung.
Ini adalah pasukan 4 teratas untuk setiap division
DIVISION 1
Tak dapat disangkal kehebatan pasukan seperti KL Hornbill Juggernaut (1) & GoStrong (2) yang menduduki tempat pertama dan kedua di dalam D1, setiap pasukan terdiri daripada pemain yang berpengalaman, bertenaga dan mahir dalam mengawal bola di dalam permainan.
Namun begitu, musim ini dikejutkan dengan kekalahan kedua-dua pasukan ini yang membuatkan tiada pasukan yang mampu menang keseluruhan di dalam peringkat kumpulan, baca sini
Antara pasukan lain yang berjaya ke peringkat separuh akhir D1 adalah pasukan Cocoro (3) & Phantoms (4), 2 pasukan ini sekiranya mempunyai kehadiran pemain utama pada peringkat separuh akhir nanti akan mampu untuk memberi saingan sengit kepada pencabar mereka.
Ini kerana sepanjang musim ini berlangsung, kehadiran pemain mereka nampak sangat mengecewakan kerana hanya beberapa pemain sahaja yang hadir untuk menghabiskan sisa-sisa permainan terutamanya pasukan Phantoms yang nampak lemah kalah dengan defisit 30-50 mata untuk 2 perlawanan terakhir mereka.
Walaubagaimanapun, separuh akhir D1 musim ini mungkin akan jadi lebih menarik kerana setiap kumpulan mempunyai misi membalas dendam oleh kerana kekalahan GoStrong di peringkat kumpulan menentang Cocoro 1 dengan perbezaan 1 mata sahaja.
Ini adalah jadual untuk peringkat separuh akhir D1
SEMI FINAL 1
SEMI FINAL 2
DIVISION 2
Pada saat ini, D2 masih lagi mempunyai 1 baki perlawanan di peringkat kumpulan yang bakal menentukan kedudukan di peringkat separuh akhir nanti.
5 pasukan mempunyai peluang untuk ke peringkat separuh akhir adalah terdiri daripada pasukan Amigos (1), UBSA (2), NGAP (3), SWISHERZ YOUTH (4), LIZARDS ALPHA (5).

Kedudukan ini mungkin bakal berubah oleh kerana Amigos akan bertemu NGAP pada perlawanan akhir peringkat kumpulan D2, mungkinkah Amigos bakal mengekalkan kedudukan teratas di dalam liga dengan menewaskan pasukan NGAP? ataupun NGAP mampu untuk menumbangkan kedudukan selesa Amigos?
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan D2 akan jadi lebih menarik kerana setiap pasukan perlu mendapatkan jurang mata yang tinggi untuk menentukan kedudukan mereka di dalam liga untuk mendapatkan kedudukan 4 teratas.
Nota kaki, 4 pasukan yang berjaya ke peringkat seterusnya akan diserapkan ke D1 pada musim hadapan.
DIVISION 3
Division yang mempunyai jumlah pasukan terbanyak ini sudah sampai ke peringkat 8 teratas, lihat sini.
Di peringkat 16 keatas, terdapat beberapa perlawanan yang mengecewakan kerana pasukan teratas di dalam kumpulan berjaya di tumpaskan oleh pasukan yang mempunyai kedudukan ke-4 dalam kumpulan yang berbeza, antaranya pasukan Unknown Forces juara kumpulan D3 (D) tewas dengan pasukan Swishers 1 di tempat ke-4 kumpulan D3 (C) dengan kekalah yang agak memalukan Unknown Force (55) – Swishers 1 (68)
Antara juara kumpulan lain yang tumpas di peringkat 16 teratas adalah seperti KB Blades (D3 (A)) dan Malaya Titans BC (D3 (E).
Adakah ini 1 kebetulan? Ataupun ini adalah konspirasi mentaliti lemah untuk tidak mahu bermain diperingkat lebih tinggi sekiranya berjaya ke peringkat 8 teratas untuk bermain di D2? Kerana 8 pasukan akan diserapkan ke D2. Hanya mereka sahaja yang tahu.
DIVISION 4
D4 masih lagi di peringkat suku akhir, 8 pasukan adalah seperti berikut:
26 AUGUST 2023 (SUNDAY)
4.30pm
RAKUZAN REBORN v PANTHERS
VIKINGS v ARCANA
6.00pm
MALAYA TITANS JR v THUNDERBOLT DEV
GOMBAK BISON 2 v WYBERNS
DIVISION VETERAN
Hanya 2 pasukan teratas di DV akan terus ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 2 September 2023 di Stadium MABA nanti. 2 pasukan itu adalah Presint 11 Juggernauts dan Pasukan Orang Jahat (POJ)
Pasukan Presint 11 Juggernauts yang mengungguli liga di dalam DV ini nampak lebih berpeluang besar untuk memenangi DV kerana telah berjaya menyapu bersih setiap perlawanan kumpulan mereka dengan jurang perbezaan mata sebanyak 279 mata meninggalkan lawan mereka.
Walaubagaimanapun, mampukah POJ memberikan kejutan di perlawanan akhir nanti?
DIVISION CAPSTER WNCBL
Supersports Wildcats berjaya menjadi juara di peringkat kumpulan dengan menyapu bersih kesemua perlawanan menumpaskan pasukan lain seperti GoStrong Angels (2), Killerbees (3) dan Tryst (4).
Walaupun begitu, Wildcats masih lagi menambah/menukar pemain tambahan Janice Reichart yang merupakan seorang pemain yang lebih versatile dari Sabah menjadi pilihan dengan menukarkan pemain Irish Thoo.
Manakala GoStrong Angels membuat pinjaman pemain Sandy Lai Hui Ling dan Melydia bt Yasri daripada pasukan Pheonix.
Secara keseluruhan, setiap pasukan yang berjaya ke peringkat seterusnya telah menunjukkan pengalaman dan kehebatan mereka di peringkat kumpulan, kini mereka bakal diuji di peringkat suku mahupun separuh akhir sebelum membolehkan mereka mendapatkan kejuaraan NCBL musim kali ini.
Adakah kita akan bakal saksikan kekecewaan pasukan teratas bakal di kalahkan? Sama-sama kita saksikan pada hujung minggu ini.
NEXT MATCH
|
N/A Game |
HORNBILL
GST U18

You must be logged in to post a comment Login