Separuh musim telah berlalu bagi NCBL 2023, pelbagai aksi dapat kita lihat sepanjang musim ini berlalu. Namun ini adalah pasukan yang masih “menguasai” di setiap division dengan rekod tanpa kalah sehingga kini.
Division 1
Kesemua pasukan didalam division 1 tidak mempunyai rekod tanpa kalah sehingga kini, terdapat kejutan demi kejutan apabila pasukan yang dijangka akan menang perlawanan tersebut dikalahkan oleh pasukan pihak lawan.
Antara contoh adalah pasukan Phantoms yang dikalahkan dengan Cocoro 2 dengan perbezaan 6 mata (68-74)
Phantoms mengalami kesukaran untuk bermain oleh kerana kekurangan pemain di bangku simpanan oleh kerana terdapat beberapa pemain bermain di liga yang lain pada waktu perlawanan berlangsung termasuk 3 pemain mereka yang dikeluarkan oleh kerana telah melakukan 5 kesalahan dan mereka hanya bermain dengan 4 orang di atas gelanggang sehingga kehujung permainan.
Selain itu, perlawanan sengit yang dapat kita saksikan pada minggu baru ini di antara pasukan GoStrong yang mempunyai rekod tanpa kalah selepas memenangi dengan pasukan KL Hornbill berlawan dengan Cocoro 1 yang mempunyai 2 rekod kekalahan bersama Phantoms dan KL Hornbill. Cocoro 1 berjaya menewaskan GoStrong dengan perbezaan 1 mata (68-67).
Division 2
Terdapat dua (2) pasukan yang mempunyai rekod tanpa kalah sehingga kini iaitu pasukan Amigos dan NGAP yang masing-masing telah bermain 7 perlawanan
Amigos menduduki tempat pertama oleh kerana perbezaan jurang mata perlawanan yang lebih banyak berbanding NGAP yang baru sahaja menewaskan UBSA baru-baru ini.
Untuk rekod, Amigos akan bertemu NGAP di penghujung musim iaitu pada 26 Ogos 2023 untuk menentukan kedudukan teratas di dalam division 2.
Division 3
KB Blade mendahului D3 (A) dengan menduduki tangga teratas dengan rekod tanpa kalah sebanyak 7 perlawanan berlangsung sehingga kini.
Manakala SOHO dalam kumpulan D3 (B) dengan rekod 6-0
Savages D3 (C) rekod 7-0
Cagers D3 (E) rekod 6-0
Division 4
Bagi D4, Rakuzan Reborn dan Malay Titans masing-masing dengan rekod tanpa kalah 5-0
Division Veteran
Walaupun pasukan Presint 11 Juggernauts pertama kali menyertai division veteran pada musim ini, mereka mendahului jauh dengan rekod tanpa kalah 7-0 jauh meninggalkan pesaing-pesaing mereka.
Division U18
PUBA A memegang rekod tanpa kalah 8-0 setelah berjaya menewaskan pesaing rapat mereka iaitu SDAR Redwing 100-58
Division Wanita
Juara WNCBL musim lalu masih kukuh menduduki tangga teratas dengan rekod 5-0 tanpa kalah
You must be logged in to post a comment Login