Puchong: Perlawanan antara Alpha Muchachos v Slambees memihak kepada pasukan Alpha dengan menang tipis 67-65 mata jaringan. Perlawanan yang sengit bermula dari suku masa pertama, kedua-dua pasukan saling menjaringkan gol dan mempertahankan benteng perlawanan daripada dibolosi pihak lawan berakhir dengan mata 16-15.
Slambees yang baru diserap masuk ke dalam division 2 (dari division 3) musim kali ini, memberikan tentangan hebat buat Alpha kerana tidak mudah berputus asa untuk serta menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersemangat dalam setiap posesi perlawanan baik dari segi pertahanan mahupun taktikal serangan.
Namun begitu, Alpha yang lebih dominan serta berpengalaman berjaya mematahkan serangan Slambees dan berjaya menjarakkan mata perlawanan sebanyak 38-30 akhir separuh masa pertama.
Mula separuh masa kedua, Alpha kerap melakukan kecuaian dengan turnover oleh setiap pemain. Pilihan jaringan serta putaran bola yang tidak efektif membuatkan Slambees mengambil kesempatan untuk merapatkan jurang mata perlawanan sebanyak 49-44 pada akhir suku masa ketiga.
Kecuaian dan kelalaian Alpha menyukarkan mereka untuk mendapatkan kemenangan dengan mudah apabila Slambees mengambil kesempatan untuk merapatkan jurang mata perlawanan dengan menghasilkan jaringan sehingga berjaya memotong mata pihak lawan sebanyak 62-63 dengan berbaki 17 saat masa perlawanan memaksa Alpha untuk mengambil time-out untuk menyusun strategi.
Kemudian, pemain muda Alpha, Prasant #27 dengan pantas menjaringkan 2 mata berjaya meletakkan Alpha di hadapan semula dengan mata 64-63 dan kali ini Slambees mengambil time-out dengan berbaki 14.5 saat.
Apabila Slambees mulakan inbound kepada ketua pasukan Taufiqri #14, pemain senior Alpha, Fizie Baharuddin #23 memberikan tekanan kepada Taufiqri sehingga berjaya merampas bola daripadanya dan mendesak Taufiqri melakukan kekasaran sehingga dikenakan unsportsman foul oleh pengadil perlawanan dan menghadiahkan 2 tembakan percuma kepada Alpha dan Fizie berjaya menggunakan peluang yang diberikan untuk menambahkan lagi mata pasukan Alpha menjadi 66-63
Dengan masa berbaki 4.5 saat, sekali lagi pasukan Slambees melakukan kekasaran terhadap Prasant untuk memberhentikan masa perlawanan dan di hadiahkan 2 tembakan percuma kepada Prasant.
Walaubagaimanapun, Prasant hanya berjaya menghasilkan 1 mata sahaja menjadikan mata perlawanan 67-63 dengan masa berbaki 4 saat. Slambees dengan pantas mendapatkan bola lantunan semula dan memberikan kepada pemain no 1 dan berjaya menjaringkan jaringan perimeter 2 mata merapatkan jumlah mata keseluruhan sebanyak 67-65 dan masa perlawanan tamat.
Saksikan video keseluruhan perlawanan di bawah untuk menyaksikan perlawanan menarik antara Slambees v Alpha Muchachos di channel Taufiqri
Untuk perlawanan seterusnya, Alpha Muchachos bakal bertemu dengan pasukan J3 pada July 6, 9.30pm manakala Slambess bakal bertemu Rebels pada July 6, 8.00pm