Walaupun masih begitu awal untuk kita membuat jangkaan peringkat awal untuk menentukan siapa yang bakal menjuarai NCBL D2 pada tahun ini, tetapi admin telah membuat ramalan awal siapakah pasukan yang bakal menduduki empat (4) tangga teratas untuk D2.
Jika dilihat dalam kedudukan terkini (pada tarikh pos ini disiarkan), NGAP menduduki tempat pertama dengan 15 mata perbezaan meninggalkan UBSA, 33 mata perbezaan dengan Amigos & 41 mata mata perbezaan dengan GoStrong Dev yang masing-masing telah memenangi 2 perlawan berturut-turut.
4 pasukan ini menunjukkan corak permainan yang lebih kreatif, menarik, bertenaga serta berpengalaman ketika perlawanan berlangsung. Walaubagaimanapun, ini hanyalah ramalan awal ketika ini. Mungkin pasukan lain masih belum menunjukkan “taring” mereka dengan lebih menyerlah.
Ini sedikit sebanyak mengenai pemain-pemain dari 4 pasukan yang disebutkan.
NGAP
New Generation All-Rounder Players (NGAP) yang diasaskan pada tahun sekitar 2015-2017 oleh Muniir pernah berjaya memenangi kejuaraan D2 dan menyertai D1 2020 telah membuat keputusan untuk tidak menghantar pasukan mereka untuk musim kali ini.
Namun begitu, pasukan NGAP telah di ambil alih oleh pasukan yang rata-ratanya terdiri daripada pemain yang berasal daripada Bangi atau hampir kesemua pemain pasukan ini pernah bermain bersama dengan pasukan J3 dan juga Bayang Gelap Kings yang pernah beraksi di division 1.
Sudah tentunya mereka lebih berpengalaman dalam permainan ini serta masih bertenaga untuk berlawan dengan pihak lawan
Antara pemain yang perlu diberi tumpuan adalah Irfan yang mampu mengawal permainan dan menjaringkan 2 atau 3 mata hampir di keseluruhan kawasan serta Mail yang lebih dominasi di kawasan bawah atau dalam jaring lawan.
Irfan membawa bola ketika bertemu dengan DBU x Phantoms
2. UBSA
United Baller of Shah Alam (UBSA) memang tidak asing lagi dalam kejohanan NCBL, mereka yang pernah beberapa kali turun dan naik division 1 & 2 mematangkan lagi corak permainan mereka.
Walaupun ada pemain yang baru, namun ada beberapa pemain yang berpengalaman masih bermain untuk pasukan ini seperti Nani & Achik.
Nani melakukan cubaan menjaringkan mata di halang oleh dua pemain Lizards Alpha
3. Amigos
Amigos merupakan pasukan kegemaran samaada tempat ke-4 atau 6 teratas dalam division 2 pada musim-musim yang lalu. Majoriti pemain dalam pasukan ini yang berasal dari Sabah menunjukkan kebolehan mereka berentap bersama pasukan-pasukan dari semenanjung sini.
Pemain yang perlu diberi tumpuan adalah Myron yang juga pernah beraksi bersama dengan pasukan Bayang Gelap Kings D1 sebelum ini mengetuai Amigos dengan cemerlang.
Myron melakukan cubaan menjaringkan mata di bawah jaring namun di halang oleh pemain Nachos
4. GoStrong Development
Juara NCBL division 3 musim yang lalu ternyata tidak kekok dan gentar melangkah berani untuk bermain dengan pasukan-pasukan di division 2. Walaupun mereka yang masih begitu muda, namun menunjukkan aksi yang sangat menarik serta bertenaga mengalahkan pihak lawan.
Majoriti pemain pasukan ini sangat muda dan tangkas, pihak lawan perlu berjaga-jaga kerana tenaga muda yang mereka bawakan sudah tentunya akan menyukarkan sedikit sebanyak pihak lawan ketika bertemu.
Namun begitu, pemain utama yang bersama mereka ketika menjuarai D3 musim lalu sudah tidak lagi bersama mereka ketika ini.
Sudah tentunya admin menunggu empat pasukan ini bertembung antara satu sama lain yang pastinya akan memberikan aksi yang menarik serta bertenaga untuk menentukan kedudukan di dalam D2.
Siapa di antara empat pasukan yang dinyatakan bakal menjadi Juara NCBL D2 2023? Ataupun mungkin anda ada pilihan tersendiri? Kongsikan di ruangan komen di bawah
You must be logged in to post a comment Login