Connect with us

Division 2

SOHO “DITIKAM” Malaya Titans

Puchong: Perjumpaan antara pasukan SOHO v Malaya Titans (MT) pada hujung minggu yang lalu menamatkan rekod tanpa kalah SOHO apabila tewas 66-71 di dalam division 2.

Permainan bermula menyebelahi kepada pasukan MT apabila mendapat rentak lebih awal berbanding SOHO dengan jaringan mata 11-0 pada awal permainan bermula di hasilkan oleh pasukan MT. Namun apabila SOHO mula berjaya menahan serangan demi serangan yang di lakukan oleh MT serta berjaya menjaringkan mata, akhirnya permainan menjadi sengit sehingga akhir separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, SOHO nampak lebih berkeyakinan serta berjaya menghalang pemain utama MT (Irfan, 8) yang menjadi tonggak utama dalam pasukan MT untuk menjaringkan mata perlawanan. SOHO berjaya meletakkan mereka di depan apabila berjaya menjarakkan mata perlawanan.

Namun, MT tidak berputus asa dalam menjaringkan mata perlawanan sehingga permainan menjadi sangat sengit dan seri berbaki 2 minit lagi di penghujung suku masa keempat.

Pemain SOHO lebih banyak melakukan kesilapan turn-over memberi peluang kepada MT untuk menjaringkan mata dan berjaya menjarakkan semula mata perlawanan sehingga tiupan wisel terakhir.

Dengan kekalahan pasukan SOHO, kedudukan di dalam division 2 menjadi lebih sengit apabila terdapat 4 pasukan yang masing-masing mempunyai rekod 1 kekalahan. 4 pasukan tersebut adalah SOHO, KNT, MT dan GoStrong. Boleh lihat kedudukan terkini division 2 disini.

Adakah ini 4 pasukan yang akan mara pusing seterusnya? Ataupun akan bakal berlaku kekecewaan di penghujung musim nanti?

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH

Game