Sempena semangat kemerdekaan apabila tiba bulan yang penuh bersejarah ini, mari kita kenali para atlet yang masih atau pernah bersama dengan squad negara dalam sukan bola keranjang yang ketika ini bermain di dalam NCBL 2K24.
Senarai atlet negara ini adalah antara mereka yang pernah mewakili Malaysia dalam sukan bola keranjang di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA serta Asean Basketball League (ABL) pasukan KL Dragons / Westport Malaysia Dragons (WMD)
Atlet Lelaki
Guganeswaran Batumalai
Lagenda dalam sukan bola keranjang Malaysia, Guganeswaran (Guga) merupakan bekas pemain dan kapten atlet kebangsaan di beberapa edisi Sukan SEA serta ABL. Kerjaya beliau sebagai seorang atlet tidak terhenti kerana beliau kini merupakan seorang jurulatih pasukan MBC Kirin dan pernah juga berkhidmat sebagai jurulatih kebangsaan pada tahun 2021.
Guga yang kini bermain bersama pasukan Pasukan Orang Jahat (POJ) di division veteran di dalam NCBL 2K24, sangat terkenal dengan pengawalan bola yang baik serta hantaran bola yang sangat tepat kepada rakan sepasukan untuk membuat jaringan.
Beliau juga pernah menjuarai beberapa edisi Piala Agong sewaktu ketika dahulu.
Satyaseelan Kuppusamy
Seorang lagi lagenda sukan kebangsaan, rakan sepasukan Guga sewaktu ketika dahulu merupakan seorang sharp shooter di geruni oleh pihak lawan. Sehingga kini, beliau masih lagi bermain MBC Kirin Veteran sebagai seorang sharp shooter.
Seelan bermain bersama pasukan Malaya Titans di division 2
John Wong
John Wong merupakan seorang pemain yang berkebolehan ini bermain bersama pasukan KL Hornbill di division 1. John masih lagi aktif di peringkat kebangsaan yang mana mewakili Malaysia dalam Sukan SEA edisi ke-32 di Kambodia pada tahun lalu.
Izran Edika Kamaruddin
Izran Edika yang bermain bersama pasukan Shah Alam Veteran di division veteran pernah mewakili KL Dragon/Wesport Malaysia Dragons (WMD) di dalam ABL 2010 – 2016 dan pernah menjuarai ABL pada musim 2015-2016 dan menjadi pembantu jurulatih pasukan WMD pada tahun 2018-2020
Atlet Wanita
Nurizzati Yaakob
Izzati yang kini bermain bersama pasukan Thunderbolt di kategori wanita mewakili negara di dalam beberapa edisi SEA Games dan mendapat Johan pada tahun 2015 dan 2017 serta tempat ketiga pada edisi 2023 yang lalu.
Seorang pemain yang berpengalaman serta sering memberi semangat kepada rakan sepasukan yang lain. Kehebatan beliau di dalam arena sukan bola keranjang di terjemahkan sehingga ke layar perak dengan sebuah cerita bertajuk PADU yang mula di tayangkan pada 6 Jun yang lalu.
Kalaimathi Rajintiran
Rakan sepasukan Izzati, Kalai yang kini bermain bersama pasukan Thunderbolt di kategori wanita.
Nur Adila Shahira Juraimi
Adila yang kini berkhidmat sebagai atlet kebangsaan di dalam kategori 3×3 bermain bersama pasukan Supersports Wildcats di kategori Wanita.
You must be logged in to post a comment Login