Puchong: Recap minggu ke-10 perlawanan antara Division Wanita dan Division 1

Swisherz memulakan hari dengan kemenangan teknikal 20–0 ke atas Seri Puteri. Meskipun tanpa aksi di gelanggang, namun ianya adalah kemenangan pertama buat pasukan ini.

Wildcats Firehawks terus mengaum garang apabila menewaskan Cheras Lightning 47–23 dalam perlawanan ini. Walaupun Firehawks mempunyai barisan pemain yang muda, namun cukup berpengalaman di dalam gelanggang.

WM Swisherz menundukkan UBSA dengan keputusan 67–51, menunjukkan kematangan taktikal serta ketenangan di bawah tekanan ataupun pasukan UBSA sudah meningkat usia?

Supersports Wildcats pula memperolehi kemenangan bergaya & besar 71–21 ke atas pasukan Syukur. Serangan mereka tersusun dan bertenaga dari awal hingga akhir.

Namun tidak semua perlawanan berakhir mudah — Syukur Stella dan Semashur menyajikan pertarungan paling sengit minggu ini, dengan Syukur Stella mencuri kemenangan tipis 50–45 dalam pertembungan yang penuh semangat dan sorakan.

Soho bangkit daripada kekalahan tipis pada minggu lalu dengan menampilkan persembahan penuh gaya untuk membenam Gostrong B dengan skor 77–42. Soho kini kelihatan semakin mantap menuju pusingan seterusnya.
Dalam perlawanan terakhir wanita, Gostrong berhempas pulas dan berjaya mencatat kemenangan 29–27 ke atas Wolfpac
Dan akhirnya, Gostrong A menapati ramalan minggu ini dengan kemenangan selesa 78–55 ke atas Be A Legend. Mereka bermain bertenaga, tersusun, dan jelas menunjukkan mengapa mereka dianggap antara pasukan pilihan.

You must be logged in to post a comment Login