Puchong: Perlawanan antara Savages dan Soho sememangnya memenuhi jangkaan — penuh aksi, strategi dan semangat juang yang tidak mengalah sehingga detik terakhir. Dalam pertarungan yang cukup sengit itu, Savages berjaya mencuri kemenangan tipis 72-70 ke atas pasukan Soho dalam perlawanan yang cukup mendebarkan hingga ke wisel penamat.

Barisan pasukan SOHO
Soho memulakan permainan dengan intensiti tinggi, mengawal tempo dan menyerang dengan penuh yakin. Momentum awal yang dibina oleh Soho nyata menyukarkan Savages untuk menyesuaikan rentak permainan mereka sehingga menjarakkan jurang 10 mata kehadapan pada separuh masa pertama.
Namun perlawanan menjadi lebih sengit pada separuh masa kedua apabila Savages berjaya merapatkan jurang mata perlawanan mereka sehingga seri dan saling membalas skor perlawanan sehingga 20 saat terakhir waktu perlawanan 70-70.

Barisan pasukan Savages
Namun kesilapan turnover yang dilakukan oleh Kannan (11) daripada SOHO memberikan ruang kepada Savages mendapatkan serangan terakhir dengan berbaki masa 7 saat, Eman (99) daripada SOHO melakukan kesalahan terhadap Dylan (8) dan berjaya mengutip 2 mata percuma.
Dengan berbaki 7 saat terakhir, Eman cuba untuk menjaringkan 2 mata tambahan terakhir namun gagal dilaksanakan dan tiupan wisel penamat memberikan kemenangan kepada Savages dan sekali gus menggekalkan kedudukan teratas mereka dalam division 1 sehingga hari ini.

Tonton video penuh perlawanan mereka DISINI.

You must be logged in to post a comment Login