Connect with us

Division 3

NCBL Week 10: Next

Sg Besi: Minggu ke-10 National Community Basketball League (NCBL) menyaksikan aksi yang penuh intensiti dengan beberapa keputusan mengejutkan serta kemenangan bergaya daripada pasukan-pasukan yang bersaing dalam Divisyen 3 dan Divisyen 4.

Perlawanan paling dramatik hadir apabila Bangi Bayang Gelap berjaya menewaskan CBY Malaya Titans PG dengan keputusan tipis 81-78, membuktikan semangat juang sehingga wisel penamat. Dalam aksi lain, Alor Setar Red Eagle mencatat kemenangan terbesar minggu ini selepas membelasah SG Buloh UF Rising 126-42, sekali gus menghantar mesej jelas kepada pencabar lain.

Antara keputusan menarik lain termasuk kemenangan Rakuzan 1 ke atas Petaling Jaya Evatum (64-45)Melati Kapibara yang tampil dominan menewaskan Cyberjaya Kaiju (84-37), serta Cheras Frenz yang mengatasi Pyro Kings (72-49).

Dengan saingan liga yang semakin menghampiri kemuncaknya, setiap kemenangan kini menjadi semakin penting dalam perebutan kedudukan terbaik. Tahniah kepada semua pasukan yang beraksi dan teruskan memberikan persembahan terbaik dalam minggu-minggu seterusnya

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH