Division 1
Kedudukan terkini Division 1
KL Hornbill memulakan perlawanan dengan rekod tanpa kalah (3-0) setakat ini. Naib johan NCBL Division 1 musim lalu itu juga turut menewaskan juara musim lalu GoStrong pada minggu lalu dengan kemenangan yang selesa KL Hornbill 83 – 69 GoStrong.
Selain itu juga, pasukan yang masih memegang rekod menang tanpa kalah (3-0) sama seperti KL Hornbill adalah pasukan UBSA. Mereka yang sebelum ini menewaskan pasukan Amigos (75-67), Swishers (74-54) dan pada minggu lalu menewaskan pasukan Cocoro Hornbill (67-48). Kemenangan ini memberikan kedudukan yang selesa buat UBSA untuk permulaan musim kali ini.
Namun, UBSA bakal bertemu GoStrong pada 14 Julai ini. Adakah mereka mampu untuk mengekalkan momentum kemenangan ataupun sebaliknya?
You must be logged in to post a comment Login