Aksi hangat minggu ke-8 menyaksikan pelbagai perlawanan sengit dalam Divisyen 3 dan 4. Berikut ialah sorotan keputusan perlawanan:

🔥 Keputusan Divisyen 4:
- Rakuzan Badboys terpaksa akur kepada Yang E2 dalam perlawanan yang sengit: 50 – 54
- Peaksters tumbang besar kepada Rakuzan Legacy yang mendominasi dengan jaringan: 37 – 73

- Rakuzan Rookies tewas kepada Thunderbolts: 36 – 85

- TBP Jayhawks tampil garang menewaskan Claws: 54 – 42

- Kuantan Mammoth berjaya menumpaskan Bangi Bayang Gelap 3 tipis 62 – 59

- SP Spartans kecundang kepada Cronyism: 33 – 51

🏀 Keputusan Divisyen 3:
- Red Panda menunjukkan pertahanan mantap mengatasi Rakuzan Reborn: 34 – 21
- Vendor City Vipers tidak mampu menandingi kekuatan PUBA yang menang besar: 30 – 101

- Jokers gagal mengimbangi permainan Pyro: 67 – 83
- KC Thunder menang tipis ke atas KK Tropers: 57 – 51
- Vipers tewas kepada Cyberjaya Ravens dalam perlawanan berintensiti tinggi: 67 – 77
- Revenant menutup minggu ini dengan kemenangan meyakinkan ke atas Lizard Beta: 69 – 46
Related Topics
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login