Kuala Lumpur: Tumbangnya sebuah dinasti yang pernah berjaya mencipta sejarah didalam NCBL untuk memenangi division 1 buat lima tahun berturut-turut. GoStrong sebuah nama yang tidak asing lagi di dalam arena sukan bola keranjang Malaysia, tewas dengan pihak lawan KL Hornbill pada perlawanan akhir pada hujung minggu lalu bertempat di stadium keramat Stadium MABA, Kuala Lumpur.
Permulaan perlawanan yang sangat sengit apabila hanya perbezaan 1 mata sahaja di penghujung suku masa pertama berjaya di tamatkan KL Hornbill (18) – (17) GoStrong. Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan menepati jangkaan yang penuh bertenaga apabila mereka saling membalas mata jaringan dengan jurang mata yang rapat.
Namun, KL Hornbill mulakan saingan pada suku kedua dengan lebih efektif apabila mereka berjaya menghalang GoStrong membuat jaringan dan terus menjarakkan mata jaringan kepada 38-24 pada minit ke-6. Walaubagaimanapun, GoStrong berjaya merapatkan semula mata jaringan pada minit terakhir suku kedua dengan jumlah mata 43-38.
Bermula babak separuh masa kedua, KL Hornbill terus mengambil kesempatan untuk menjaringkan mata hasil daripada turnover GoStrong dengan 11 perbezaan mata 59-48 di penghujung suku masa ketiga. KL Hornbill yang nampak lebih tenang mengawal perlawanan dengan begitu mudah untuk menjaringkan mata perlawanan terus menjarakkan mata perlawanan pada awal suku keempat.
Kekurangan pemain utama pasukan GoStrong seperti Laksman dan Luke yang tiba lewat di gelanggang oleh kerana terlibat dengan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT), masing-masing mewakili institusi pengajian tinggi mereka bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah hanya tiba di penghujung minit ke-6 suku terakhir menyukarkan pasukan GoStrong untuk merapatkan jurang mata perlawanan yang akhirnya mereka terpaksa akur dengan kekalahan 77-65 di tiupan wisel penamat terakhir permainan dan sekali gus KL Hornbill dijulang sebagai juara baharu divison 1 NCBL 2024.
Keshmendip Singh di nobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) untuk perlawanan akhir NCBL Division 1 2024.
Berikut merupakan kedudukan rasmi pasukan di dalam division 1 NCBL 2024
You must be logged in to post a comment Login