Connect with us

Division 1

Semi Final Division 1

96 - 41
Full Time

Pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini agak hambar untuk di peringkat separuh akhir, oleh kerana UBSA tidak mampu untuk merapatkan jurang mata perlawanan dengan perbezaan sebanyak 55 mata berjaya meletakkan pasukan KL Hornbill ke peringkat akhir dengan begitu mudah dan selesa.

68 - 62
Full Time

Walaubagaimanapun pertembungan di antara pasukan separuh akhir kedua ini, pasukan Cocoro berjaya mulakan rentak permainan dengan menjarakkan mata perlawanan dan meletakkan mereka kedepan sehingga akhir suku masa yang pertama dengan jumlah mata GoStrong (15) – Cocoro (16).

Dengan pengalaman serta kepakaran barisan pemain GoStrong terus menerus menjaringkan mata perlawanan dan berada di kedudukan yang selesa sehingga tamat separuh masa yang pertama dengan jumlah mata GoStrong (43) – Cocoro (27)

Permainan menjadi lebih menarik apabila di pertengahan suku keempat apabila Cocoro mula menyusun strategi atau berjaya menjaringkan mata perlawanan sehingga ke penghujung perlawanan dimana Cocoro terpaksa akur dengan kekalahan 68-62.

Untuk rekod, Cocoro berjaya menumpaskan GoStrong di peringkat kumpulan dengan mata 65-58.

KL Hornbill bakal bertemu dengan GoStrong sekali lagi di peringkat akhir pada tahun ini apabila mereka pernah bersama-sama di peringkat akhir pada musim lalu dengan kemenangan memihak kepada GoStrong dengan hanya perbezaan 2 mata jaringan sahaja.

Keputusan final NCBL musim lalu.

Mampukah GoStrong untuk mengekalkan kejuaraan mereka? Ataupun KL Hornbill bakal dinobatkan sebagai juara baharu untuk NCBL 2024 Division 1 tahun ini? Saksikan perlawanan akhir division 1 pada 7hb September jam 8.00mlm bertempat di Stadium MABA nanti.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH

Game