Connect with us

Division U18

SDAR REDWING & PUBA A MENDOMINASI U18

SDAR Redwing yang julung kalinya menyertai NCBL musim ini serta PUBA A membelasah pasukan-pasukan lain dan mendominasi Division U18!

Kemenangan dengan jarak yang sangat selesa untuk 2 pasukan ini telah bermain sebanyak 5 perlawananan meletakkan mereka di tangga teratas bagi division mereka, hanya membezakan dari segi perbezaan kutipan mata sehingga kini dan di ikuti rapat oleh Malaya Titans.

NCBL U18 (J)

PosTeamWLPFPAGDPTS
16058430527912
2414422392039
322232253-216
4FORT KNIGHT JWBA 13150291-1415
5SEMASHUR U1804141362-2214

SDAR Redwing merupakan pasukan sekolah berasrama penuh ataupun Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan ini sudah pasti mempunyai kemahiran yang lebih berbanding pasukan lain, kerana berupaya untuk berlatih bersama dengan tempoh waktu yang agak lama tanpa ada kekangan tempat, masa dan logistik.

Barisan pemain SDAR Redwing

Manakala bagi pasukan PUBA A @ Putrajaya Basketball Association membawa barisan pemain yang pernah bermain di peringkat akhir Division 4 pada musim lalu. Sudah pastinya mereka ada pengalaman yang lebih berbanding pasukan-pasukan lain.

Mereka yang telah mula berlatih bersama sejak beberapa tahun lalu telah terbukti oleh kerana pernah sampai ke peringkat akhir Division 4 musim lalu, namun tewas di tangan Malaya Titans.

Barisan pemain PUBA A

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada July 8, 2023 (1.30pm) yang bakal menentukan siapa yang bakal menduduki tempat pertama dan kedua dalam Division U18. Perlawanan yang dijangkakan akan menjadi sengit, oleh kerana corak permainan serta tahap stamina dan fizikal yang hampir sama.

Siapa pula yang bakal menjuarai division ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH

Game