Connect with us

Division 4

Wolverine Terkam Gladiator 

Sg Besi – Rekod menang tanpa kalah Kuala Berang Gladiator (menang 3-0 kalah) tercalar apabila pasukan Wolverine yang menduduki di tangga ke-6 dengan rekod (menang 1-3 kalah) menang dengan mata sebanyak 67-63 dalam set masa tambahan.

Perlawanan yang sengit bermula dari suku masa pertama berakhir dengan mata 11-11. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi perlawanan yang bertenaga saling membalas mata perlawanan, walaubagaimanapun, Wolverine berjaya menggekang pihak lawan daripada membuat jaringan dan membuatkan mereka kedepan dan mencatatkan mata 29-24 pada akhir separuh masa pertama.

Wolverine terus membara pada suku ketiga menjarakkan mata perlawanan sehingga 43-37 dan mata paling jauh Gladiator ketinggalan adalah sebanyak 39-49 pada awal 2 minit permulaan suku ke-4. 

Semangat pahlawan Gladiator tidak terputus disitu dengan mempamerkan pertahanan yang lebih kuat untuk menghalang pihak lawan menghasilkan jaringan serta berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan jaringan sehingga berjaya memotong mata pihak lawan sebanyak 55-52 pada minit ke-6. 

Perlawanan menjadi lebih sengit pada penghujung suku keempat apabila kedua-dua pasukan seri 57-57 tanpa jaringan dengan berbaki 1 minit 30 saat masa perlawanan dan mereka agak keletihan namun masih meletakkan jiwa dan raga untuk menang perlawanan tersebut sehingga memaksa masuk kepada set masa tambahan.

Mata demi mata perlawanan dijaringkan oleh kedua-dua pasukan pada set masa tambahan, walaubagaimanapun, Gladiator yang mendahalui 63-62 dengan berbaki masa sebanyak 40 saat agak cuai di penghujung perlawanan dengan kerap menghasilkan turnover dan membuatkan Wolverine mengambil kesempatan dengan membuat jaringan 5 mata berturut-turut sekali gus menamatkan perlawanan dengan kemenangan milik mereka dengan mata 67-63.

Untuk rekod, Wolverine bakal bertemu dengan Johor Bahru Sabertooth pada 29/6 jam 5 petang. Sabertooth juga mempunyai rekod tanpa kalah dan menduduki tempat kedua dalam kedudukan pasukan division 4 (G).

Mampukah Wolverine menghasilkan kejutan demi kejutan? Sama-sama kita saksikan nanti

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH

Game