PUCHONG: Perlawanan pertama NCBL 2K24 D1 menyaksikan UBSA menumbangkan naib johan D2 pada musim lalu Amigos dengan mata 75-67.
Pada musim lalu, kedua-dua pasukan ini bersaing sengit di dalam D2 dimana pasukan Amigos menang tipis 53-52 dengan UBSA berjaya melayakkan pasukan mereka ke NCBL 2K24 D1 pada musim kali ini apabila mereka merupakan 4 pasukan teratas di D2.
Barisan pemain UBSA 2K24
Empat (4) pasukan teratas dari D2 berjaya melayakkan pasukan mereka ke D1 mengikut kedudukan adalah seperti berikut:
1. NGAP
2. AMIGOS
3. UBSA
4. AJ SWISHERS
Walaubagaimanapun, NGAP ataupun sebenarnya terdiri daripada pemain-pemain dari Bangi itu tidak menghantar pasukan mereka pada musim kali ini untuk beraksi di D1.
You must be logged in to post a comment Login