
Pembukaan musim penuh aksi, kejutan dan dominasi pasukan pilihan
Saingan Divisyen 3 NCBL membuka tirai dengan deretan perlawanan sengit pada Ahad, 3 Mei 2026. Minggu pertama terus menghadirkan aksi pantas apabila beberapa pasukan berjaya menunjukkan kekuatan awal untuk meletakkan amaran kepada pencabar lain.
Antara perlawanan yang mencuri perhatian adalah kemenangan besar Klang Bandits ke atas SG Besi Rakuzan 2 dengan keputusan 65-23. Bandits tampil agresif dari awal permainan dengan pertahanan ketat dan transisi pantas yang jelas membezakan kedua-dua pasukan.
Ukay Perdana Blakefrost turut membuktikan status mereka sebagai pasukan yang perlu diberi perhatian selepas menewaskan Keramat Setiawanchai 67-35. Aksi tersusun dan penyudah yang konsisten menjadi kunci kemenangan mereka.
Sementara itu, Sungai Petani V-Aicha mencatat antara jaringan tertinggi minggu ini apabila menundukkan Binjai Bokbong 71-47. Serangan pantas serta kelebihan dari segi tempo permainan membolehkan mereka mengawal perlawanan hampir sepenuhnya.
Perlawanan paling sengit minggu ini pula hadir dalam aksi antara Nilai Hooperz dan Damansara Arcana yang berakhir dengan kemenangan tipis 40-39 memihak kepada Nilai Hooperz. Pertarungan sehingga wisel penamat itu membuktikan kedua-dua pasukan memiliki semangat juang tinggi.
XCD pula membuka kempen dengan langkah kanan selepas menewaskan Cyberjaya Vipers 47-36, manakala Thunderbolt tampil garang menewaskan Cyberjaya Kaiju 56-27.
Dalam satu lagi aksi menarik, Cheras Frenz berjaya mengatasi Petaling Jaya Evatum 44-37 dalam perlawanan yang berlangsung kompetitif hingga ke suku akhir terakhir.
Bagi Setiawangsa Spectres, kemenangan 54-39 ke atas Kuantan Mammoth memberikan permulaan positif untuk memburu kedudukan terbaik liga musim ini.
Penutup aksi minggu pertama menyaksikan Bangi mencatat kemenangan tipis 49-47 ke atas Ampang Swisherz Bdalam antara game paling dramatik minggu ini.
Minggu pertama jelas menunjukkan NCBL D3 musim ini bakal berlangsung lebih kompetitif dengan banyak pasukan hadir membawa identiti dan kekuatan tersendiri. Jika ini baru permulaan, musim 2026 dijangka akan jadi antara musim paling panas setakat ini.

You must be logged in to post a comment Login