Connect with us

Division 2

Semi Final D2: Soho v GoStrong Development

71 - 68
Full Time

Pertembungan yang epik diantara kedua-dua pasukan ini menunjukkan kematangan dalam permainan bola keranjang.

GoStrong Development mulakan rentak permainan dengan lebih awal meninggalkan Soho sehingga berjaya menjarakkan jurang 17 mata perlawanan pada suku pertama. Namun apabila berada di kedudukan yang selesa itu tidak menjanjikan kemenangan untuk mereka apabila Soho mula merapatkan jarak mata perlawanan satu demi satu ke penghujung separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan saling menjaringkan mata perlawanan antara satu sama lain sehingga tiupan wisel di penghujung perlawanan dengan Soho berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir dengan jarak 3 mata perlawanan sahaja.

Kedua-dua pasukan ini memiliki barisan pemain muda yang berbakat besar untuk di ketengahkan ke peringkat seterusnya dan sudah pastinya bakal menjadi pesaing hebat di division 1 musim hadapan.

Soho bakal bertemu dengan Malaya Titans pada peringkat akhir minggu hadapan. Untuk rekod, MT berjaya mengalahkan Soho dengan perbezaan 6 mata pada peringkat kumpulan. Sudah tentu perlawanan ini bakal menjadi perlawanan yang menarik untuk di tonton nanti.

Dapatkan tiket untuk menonton perlawanan ini secara live pada 7hb September nanti. Dewasa RM20/head manakala kanak-kanak Percuma.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH

Game