Barisan pemain Malaya Titans (MT) yang lebih berpengalaman serta matang dalam corak permainan mereka berjaya untuk mara ke peringkat akhir dan bakal bertembung dengan pasukan Soho kemudian.
MT sedar akan kekurangan mereka yang tidak mempunyai barisan simpanan yang boleh memberi impak dalam perlawanan dengan mula menjarakkan mata perlawanan sejak awal perlawanan sehingga 9 minit pertama dengan jumlah mata 23-11, namun oleh kerana turnover yang dihasilkan oleh MT di minit terakhir suku masa pertama berjaya di gunakan sebaik mungkin oleh Savages dengan berjaya menghasilkan 7 mata perlawanan dan berjaya merapatkan kembali jurang mata perlawanan 23-18 di akhir suku pertama.
Savages mula mengambil peluang untuk merapatkan kembali mata perlawanan di 3 minit suku masa kedua dengan jumlah mata 26-26 sama sehingga memaksa MT mengambil time-out untuk menyusun kembali corak permainan mereka. Ini adalah jurang mata yang paling rapat Savages mampu untuk bertahan.
Perlawanan mula berpihak kepada MT sehingga penghujung masa perlawanan dengan memiliki jumlah mata yang sangat selesa bagi dan keputusan memihak kepada MT dengan mata 88-74.
Untuk rekod, Savages menewaskan MT di peringkat kumpulan dengan jumlah mata 73-69. MT berjaya untuk menebus kekalahan mereka dan sekali gus menempah tiket ke perlawanan akhir untuk menentang Soho pada 7hb September bertempat di Stadium MABA.
You must be logged in to post a comment Login