Connect with us

Division V

Rusty Jet Bangkit di Saat Akhir: Kemenangan Bergaya ke atas Boxout

Karat bukan sebarang karat,
Rusty Jet padu semangat juang,
Ditinggal jauh tak rasa penat,
Boxout senyum awal, hujung tak tenang.

Itulah pantun yang sesuai untuk perlawanan antara Rusty Jets v Boxout dalam division veteran semalam, apabila Rusty Jets berjaya menewaskan Boxout di penghujung perlawanan yang tertinggal dari awal.

Boxout memulakan perlawanan dengan cemerlang, dengan memiliki pemain yang lebih berpengalaman serta masih lagi bertanding di peringkat division 1 namun terpaksa akur dengan semangat juang tinggi Rusty Jets apabila mereka tewas 49-47 di penghujung perlawanan.

Jets yang ketinggalan 30-39 pada permulaan suku ke-4 tidak mematahkan semangat mereka untuk terus merapatkan jurang mata perlawanan dan berjaya menyamakan mata perlawanan 46-46 pada minit kedua terakhir perlawanan dengan jaringan 3 mata oleh Haziq (5) di tepi gelanggang.

Jaringan 3 mata tersebut memberikan impak besar kepada Boxout hingga memaksa mereka melakukan kesilapan turn-over dan Jets menggunakan peluang untuk menjaringkan lagi 2 mata untuk meletakkan mereka di depan.

Dengan kemenangan ini, ianya meletakkan Rusty Jets berada di tempat pertama di dalam kumpulan Veteran (I) seperti kedudukan terkini di bawah

NCBL Veteran (I)

PosTeamWLPFPAGDPTS
18173950023917
2624673878014
334388383510
434358425-6710
533281333-529
615318418-1007
706288406-1186

Tonton video penuh perlawanan antara Jets v Boxout DISINI

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Advertisement

NEXT MATCH

Game