Dengan jarak mata perlawanan yang agak rapat bagi kedua-dua pasukan ini, boleh dikatakan ini merupakan perlawanan yang agak sengit berjaya di pamerkan oleh kedua-dua pasukan di separuh masa pertama.
Phantoms mampu mengekang Pegasus serta saling membalas mata perlawanan antara satu sama lain dengan jumlah mata Pegasus (33) – (31) Phantoms pada akhir separuh masa pertama. Pegasus mula mengambil peluang dengan pengalaman mereka untuk menghentikan jaringan Phantoms serta menjarakkan mata perlawanan sehingga ke penghujung tamat masa perlawanan.
Pegasus bakal bertemu Shah Alam Veteran pada perlawanan peringkat akhir 7hb September nanti bertempat di Stadium MABA, Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login