Minggu kedua WNCBL pada 9 Mei 2026 menyaksikan beberapa pasukan mula menunjukkan dominasi awal liga dengan kemenangan besar dan prestasi pertahanan yang cukup solid. Aksi wanita kali ini dipenuhi keputusan berat sebelah, namun tetap ada perlawanan sengit yang membuktikan persaingan musim ini bukan mudah dijangka.
Cyberjaya Seri Puteri tampil garang apabila menewaskan Bangsar Broncos 62-44. Mereka nampak lebih tersusun dari segi transisi serangan dan berjaya mengawal tempo permainan hampir sepanjang perlawanan.
PTJ MVP Firehawks yang membelasah Ampang Swishers W dengan jaringan besar 66-6. Firehawks jelas berada dalam kelas tersendiri minggu ini dengan intensiti permainan yang sangat tinggi di kedua-dua hujung gelanggang.
Satu lagi kemenangan besar hadir daripada Seputeh Niy yang menundukkan Ampang Blackcats 52-11, menunjukkan depth skuad dan disiplin permainan yang konsisten daripada juara WNCBL 2025 musim yang lalu
PTJ Supersports Wildcats turut membuktikan status pencabar utama selepas menewaskan Fraser Frenz 65-13. Serangan pantas dan kawalan rebound menjadi senjata utama Wildcats sepanjang perlawanan.
Secara keseluruhan, Week 2 NCBL memperlihatkan beberapa pasukan mula membina momentum awal untuk memburu kedudukan teratas liga. Dengan beberapa kemenangan besar direkodkan, minggu-minggu seterusnya dijangka lebih panas apabila pasukan mula mencari rentak sebenar dan memperkemaskan strategi masing-masing.
You must be logged in to post a comment Login