Hampir ke penghujung NCBL pada musim kali ini apabila tamat perlawanan pusingan pertama bagi division 3 pada hujung minggu yang lalu. Persaingan di jangka akan menjadi lebih sengit, kerana hanya 4 pasukan teratas daripada setiap kumpulan di division 3 akan bersaing pada pusing kedua ini.
Selepas cabutan undi di buat pada hari Selasa (13/8) jam 8.30mlm yang lalu, kita dapat lihat terdapat beberapa pasukan yang kuat bertemu di peringkat awal ini. Bakal menjadikan persaingan yang amat menarik oleh kerana mereka merupakan pasukan tumpuan yang di jangka boleh menjadi pasukan top 8 untuk division 3 pada musim kali ini.
Berikut merupakan senarai pasukan yang layak untuk ke peringkat kedua mengikut kedudukan.
You must be logged in to post a comment Login