
Hari Hari NCBL Week 3 pada 17 Mei 2026 sekali lagi menghadirkan aksi bola keranjang komuniti yang penuh intensiti apabila pasukan-pasukan terbaik kategori Division 2 dan Veteran 35 berentap dalam suasana cukup meriah dan kompetitif.
Tumpuan utama minggu ini terarah kepada aksi bertenaga PJ Muchachos yang tampil cemerlang menewaskan SG Way Revenant 65-54. Turn over yang dilakukan oleh pasukan Revenant berkali-kali di penghujung permainan membuatkan Muchachos kekal ke hadapan mendahului kemenangan.
Dalam kategori Division 2, Selama Slambees turut mencuri perhatian apabila mencatat kemenangan besar 72-46 ke atas Subang Jaya Alpha. Shah Alam DBU pula mempamerkan aksi dominan selepas membelasah J-Three BBB 66-28 dalam satu perlawanan yang jelas memihak kepada mereka sejak suku pertama.
Kategori Veteran 35 juga tidak kurang hebat apabila Bangi POJ menunjukkan kelas tersendiri dengan kemenangan besar 82-39 menentang CBJ Lakefront Ballers. Setiawangsa Pegasus B turut membawa pulang kemenangan bergaya selepas menewaskan Shah Alam Boxout 69-60 dalam aksi yang berlangsung sengit.
Sementara itu, Sepang Rusty Jets berjaya mengatasi Semenyih Soulspeeds 44-27, manakala Bangsar Broncos menewaskan SU Unknown Force 47-41 dalam satu lagi aksi kompetitif yang mencuri tumpuan penonton.
Berikut keputusan penuh Hari Hari NCBL Week 3:
Veteran 35
Shah Alam Boxout 60 – 69 Setiawangsa Pegasus B

CBJ Lakefront Ballers 39 – 82 Bangi POJ

Semenyih Soulspeeds 27 – 44 Sepang Rusty Jets

Division 2
Selama Slambees 72 – 46 Subang Jaya Alpha

Subang Jaya Ursa 56 – 47 Maluri Mamba Blitz

PJ Muchachos 65 – 54 SG Way Revenant

J-Three BBB 28 – 66 Shah Alam DBU
SU Unknown Force 41 – 47 Bangsar Broncos

You must be logged in to post a comment Login