Permulaan yang sangat tegang apabila kedua-dua pasukan saling membalas mata perlawanan antara satu sama lain. Fizie (23) yang menjaringkan mata perlawanan bagi pasukan POJ dengan hampir 100% percubaan tembakan menyukarkan Shah Alam Veteran (SAV) untuk menghalangnya.
Namun, apabila SAV mula menukar corak permainan dengan bermain men defense, ianya berjaya untuk mengawal permainan dan meletakkan SAV didepan dengan jurang mata perlawanan yang selesa.
Kekurangan pemain utama POJ menyukarkan pasukan mereka untuk bersaing dengan SAV oleh kerana kepenatan mula kelihatan bermula separuh masa kedua yang mana SAV terus mengambil kesempatan sehingga menjarakkan 20 mata perlawanan dan berjaya menempah tiket ke peringkat akhir pada minggu hadapan.
You must be logged in to post a comment Login